Language
Currencies
 
 
Kanser (Bahasa Malaysia-Printed Edition)

(978-983-2652-19-9)

$ 5.95

 
Kanser-Bahasa Malaysia Printed Edition

 Pada 22 Januari, 1971, Presiden Richard Nixon mengisytiharkan perang habis-habisan ke atas kanser. Dalam tempoh suku abad peperangan ini, kita terus menerima kekalahan. Ramai pengkritik menyifatkan peristiwa ini sebagai malapetaka “Vietnam perubatan.” Pada tahun 1996, kita mengalami 550,000 kematian akibat kanser. Ini bermakna bertambah 215,000 kematian berbanding tahun 1971. Jika trend ini berterusan, kanser akan mendahului penyakit jantung sebagai pembunuh nombor satu rakyat Amerika menjelang tahun 2000. Dr. John C. Bailor dari Fakulti Kesihatan Awam, Universiti Harvard, dengan tepatnya berkata, “Kesimpulan penting yang kita perolehi ialah bahawa usaha gigih selama kira-kira 35 tahun yang pada sebahagian besarnya menumpukan pembaikan rawatan, terpaksa dianggapkan sebagai suatu kegagalan terbatas. Sebab-sebab kegagalan ini perlu diperiksa dengan teliti, tetapi sementara itu mungkin pendekatan kita dalam menangani kanser perlu diubah. Bidang yang paling menaruh harapan ialah dalam pencegahan kanser.” Adalah dianggarkan bahawa lebih 60% daripada semua kanser mempunyai hubung kait dengan apa yang kita makan atau apa yang kita tidak makan. Tambahan makanan nutrisi dan perubahan gaya hidup merupakan tajuk buku kecil ini. Nutrisi yang wajar boleh mendatangkan perbezaan besar terhadap kemungkinan anda menjadi salah seorang yang termasuk dalam angka perangkaan kanser. Sebahagian daripada tajuk yang diliputi ialah: Apakah kanser? Bagaimana anda mula menghidapinya? Makanan tambahan manakah yang boleh membantu mencegah kanser dan berapa banyak harus diambil? Saya mengesyorkan anda membaca buku ini sekarang juga!

Available Options:
Stock Availability : Available
Qty :
 
 
 

 
Shopping Cart
Your shopping cart is empty.
 
Best Seller
 
New Product
 
Newsletter
Subscribe to our mailing list for latest news, events and promotions.
Name :
Email :