Language
Currencies
 
 
Mencapai Kejayaan Melalui Pemasaran Berangkai (Bahasa Malaysia-Printed Edition)

(978-983-2652-68-7)

$ 6.95

 

 Mahukah anda menjadi bos anda sendiri dan meraih banyak wang? Adakah anda ingin membangunkan sifat-sifat kepimpinan yang akan membawa kejayaan kepada setiap aspek hidup anda? Beribu-ribu orang di seluruh dunia telah pun mencapai impian ini melalui Pemasaran Berangkai, juga dikenali sebagai Pemasaran Multi Aras.

 

Ramai orang di seluruh pelusuk dunia mengakui kehebatan potensi Pemasaran Berangkai, malahan ia dianggap sebagai salah satu industri yang paling pesat berkembang dalam dunia global.

 

K.Sow mula mempercayai potensi Pemasaran Berangkai lebih 15 tahun yang lalu, dan beliau merupakan bukti hidup terhadap hakikat bahawa kejayaan dan pencapaian kendiri boleh dicapai menerusi penglibatan dan komitmen dalam industri ini. Dengan memulakan perniagaan ini hanya di sebuah bilik sewa dan mempunyai sebuah motosikal, beliau tahu bahawa inilah jalannya untuk beliau mencapai kejayaan. Beliau telah menumpukan sepenuh tenaga dan masa terhadap Pemasaran Berangkai, dan kini beliau sedang menikmati kehidupan mewah yang ramai orang mengidam-idamkannya.

 

K.Sow telah berjaya mencapai pangkat Pencapai Nasional Tertinggi dalam syarikat Pemasaran Berangkai beliau selama lebih lapan tahun berturut-turut. Beliau juga merupakan salah seorang pemimpin jualan utama di seluruh dunia bagi syarikatnya. K.Sow telah membantu beribu-ribu orang dalam industri ini. Beliau percaya bahawa seseorang itu mampu mencapai mercu kejayaan melalui usaha yang gigih dan mengetahui dengan tepat apa yang harus dilakukan serta bagaimana hendak melakukannya.

 

Dalam buku ini, K.Sow menunjukkan para pembaca langkah-langkah penting untuk membina dan membangunkan perniagaan Pemasaran Berangkai secara berkesan, di samping menampilkan sikap-sikap dan pemikiran orang yang pernah berjaya. Beliau bukan sahaja memberikan panduan dan bimbingan secara langkah demi langkah, tetapi juga sanggup berkongsi dengan anda rahsia-rahsia kejayaannya serta pengalaman-pengalaman yang beliau telah pelajari sendiri sepanjang 15 tahun beliau menceburkan diri dalam Pemasaran Berangkai.

 

Buku ini khususnya untuk anda jika anda melibatkan diri dalam industri Pemasaran Berangkai, ataupun mereka yang telah memikirkan untuk menyertai industri ini, atau yang hanya mencari suatu sumber pendapatan dan pembangunan peribadi.

 

Dalam buku “Mencapai Kejayaan Melalui Pemasaran Berangkai,” ini, anda akan memperolehi nasihat-nasihat yang amat bernilai mengenai perkara-perkara berikut:

·                Bagaimana hendak memulakan secara berkesan dalam Pemasaran Berangkai.

·                Pelajari sebab-sebabnya mengapa sesetengah orang mencapai kejayaan, manakala yang lain menemui kegagalan.

·                Bangunkan motivasi dan keyakinan diri sendiri yang mendorong seseorang itu untuk berjaya.

·                Bangunkan keterampilan untuk melakukan persembahan yang dinamik.

·                Jadi seorang pemimpin yang dapat memberangsangkan orang lain.

·                Memaksimumkan pendapatan anda.

Available Options:
Stock Availability : Available
Qty :
 
 
 

 
Shopping Cart
Your shopping cart is empty.
 
Best Seller
 
New Product
 
Newsletter
Subscribe to our mailing list for latest news, events and promotions.
Name :
Email :